Pemuda Asal Labuhan Haji Hilang setelah Dijemput Orang tak Dikenal di Selangor Malaysia
PORTALNUSA.com | PUTRAJAYA – Seorang pemuda Aceh yang bekerja di Malaysia bernama Alfi Syahril (Ariel) asal Desa Pisang, Labuhan Haji, Aceh Selatan dilaporkan hilang setelah dijemput oleh empat orang tak dikenal dengan sebuah mobil di hadapan kedai Mixue, Kajang Prima, Selangor, pukul 12.00 tengah hari, Minggu, 22 Maret 2026.
Laporan orang hilang tersebut dikutip Portalnusa.com dari Grup WA “”S.U.B.A PUSAT”” sebagaimana diposting oleh Iqbal, salah seorang anggota grup.
Berikut laporan selengkapnya:
I. IDENTITI MANGSA (ORANG HILANG)
• Nama Lengkap: Alfi Syahril
• Nama Panggilan: Ariel
• Tempat/Tarikh Lahir: Banda Aceh, 18 Mac 1998
• Asal: Desa Pisang, Labuhan Haji, Aceh Selatan, Indonesia
• Tempoh Menetap di Malaysia: 3 Tahun
II. MAKLUMAT PEKERJAAN & TEMPAT TINGGAL
• Tempat Kerja: Restoran Mee Hiris China Muslim, IOI Mall Putrajaya.
• Alamat Premis: Unit LG-40 (atau sekitarnya), Lower Ground Floor, IOI Mall Putrajaya, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya.
• Nama Pengurus (Manager): Junaidi (Berasal dari Aceh Selatan, bekerja di premis yang sama).
• Tempat Tinggal: Rumah sewa di Putrajaya yang disediakan oleh majikan (seorang warga tempatan berbangsa Cina Muslim). Mangsa tinggal bersama rakan sekerja.
III. KRONOLOGI KEJADIAN
1. Tarikh & Masa: 22 Maret 2026, kira-kira jam 12:00 tengah hari.
2. Lokasi Terakhir: Di hadapan kedai Mixue, Kajang Prima, Selangor.
3. Tujuan: Mangsa bertemu dengan teman wanitanya bernama Una (asal Aceh Utara, tinggal di Taman Sri Permaisuri, Cheras) dan seorang rakan lain. Mereka merancang untuk pergi makan bakso di Ampang.
4. Rentetan Peristiwa: Mangsa dan Una bertemu di Kajang Prima, kemudian membuat tempahan perkhidmatan e-hailing (Grab) di hadapan kedai Mixue.
• Sebuah kenderaan berwarna biru gelap (jenis kenderaan mewah/branded seperti BMW atau SUV model HRV/CRV) berhenti di hadapan mereka.
• Terdapat empat lelaki berperawakan Melayu di dalam kenderaan tersebut.
• Salah seorang daripadanya keluar dari kenderaan dan membawa masuk Ariel (mangsa) ke dalam kereta tersebut secara tiba-tiba.
• Saksi (Una) dalam keadaan bingung dan kemudiannya menghubungi rakan mereka yang lain untuk memaklumkan kejadian serta menukar lokasi pertemuan kerana bimbang akan keselamatan.
5. Komunikasi Terakhir: Tidak lama selepas kejadian tersebut, Una menerima pesanan WhatsApp daripada telefon Ariel yang berbunyi: “Kajuet, droen neuwoe mantong” (Sudah, kamu pulang saja).
• Sejak pesanan tersebut dihantar, Ariel tidak dapat dihubungi melalui panggilan telefon.
IV. STATUS TERKINI
• Status WhatsApp mangsa setakat ini masih aktif (tanda dua calit/double tick).
• Apabila dihubungi, telefon bimbit mangsa berdering, namun tiada jawapan diberikan.
• Keberadaan mangsa dan motif pengambilan mangsa oleh empat lelaki tersebut masih tidak diketahui.[]






